Tuesday, September 15, 2009
Program = Majlis Berbuka Puasa Mahasiswa dan penyampaian wang zakat UniKL MIMET
Penganjur = UniKL MIMET
Tarikh = 12 September 2008
Program = Berbuka Puasa Bersama Warga Pusat Latihan Penjara Taiping
Penganjur = Warga Pusat Latihan Penjara Taiping
Jemputan pihak penjara Taiping untuk berbuka puasa bersama-sama pelajar-pelajar kami amat menyeronokkan kerana mereka juga membawa kami melawat sekitar Taiping sebelum tiba waktu berbuka.
Pelajar-pelajar kami diiringi oleh 4 orang pengiring dijemput oleh pihak penjara dengan menaiki bas penjara pada pukul 3.00 petang untuk dibawa melawat sekitar Taiping. Kami mula dibawa berjalan melawat Muzium Taiping selama setengah jam dan bergambar di sana beramai-ramai.Setelah itu kami dibawa pula melawat Bukit Larut dan sekitar Taman Tasik Taiping. Kami berhenti di Masjid Taiping untuk sama-sama melaksanakan ibadah Asar. Kami menyambung lawatan dan singgah di Taiping Sentral atau Tesco untuk membeli belah dan melihat barangan. Pelajar-pelajar kami diberi sedikit wang perbelanjaan oleh pihak penjara supaya semua pelajar kami dapat berbelanja seperti orang lain.
Lawatan kami selesai kira-kira jam 6.00 petang dan kami semua dibawa ke destinasi terakhir iaitu Pusat Latihan Penjara Taiping untuk menyertai Majlis Berbuka Puasa bersama warga penjara dan pelatih-pelatih. Sebelum tiba waktu berbuka kami semua ditempatkan di sebuah bilik khas untuk kami melepaskan penat setelah penat berjalan melawat sekitar Taiping dan membeli belah.
Dalam kira-kira pukul 7.10 malam, kami dijemput ke tempat majlis berbuka puasa berlangsung dan berkenal-kenalan sambil menunggu waktu berbuka. Pelbagai juadah disediakan dan kami berbuka bersama-sama. Kami menunaikan solat Maghrib berjemaah dan menyambung menikmati hidangan berlauk. Sambil menikmati juadah berbuka kami semua dihiburkan oleh kumpulan nyanyian nasyid daripada pihak penjara yang dimaklumkan telah memenangi tempat kedua dalam pertandingan nasyid seluruh penjara di Malaysia.
Setelah itu sedikit ucapan alu-aluan disampaikan oleh pengerusi pihak Pusat Latihan Penjara Taiping dan tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih oleh En. Karim iaitu Pengetua Pusat Jagaan Ansk-anak Yatim Ummu Sofiah kerana kesudian meraikan pelajar-pelajar kami untuk berbuka puasa bersama-sama.
Penyampaian sumbangan dilakukan oleh pengerusi penjara kepada semua anak-anak yatim yang hadir dan majlis berakhir dalam pukul 9.00 malam. Kami semua dihantar pulang dan tiba di Pusat Jagaan dalam pukul 10.00 malam.
Tarikh = 28hb Ogos, 2009
Program = Jamuan berbuka puasa bersama khariah surau Batu 9, Trong.
Penganjur = Khariah surau Batu 9, Trong.
Kami warga Ummu Sofiah telah dijemput oleh Khariah surau Batu 9, Trong untuk sama-sama menyertai majlis berbuka puasa di tempat mereka. Kami telah dijemput oleh bas yang dibayar oleh mereka khas untuk menjemput kami terus ke Batu 9. Kami disambut dengan senyuman yang lebar oleh mereka. Kami sampai ke destinasi pada jam 7.10 pm.
Pelbagai juadah berbuka puasa disediakan. Antaranya adalah kueh mueh melayu, nasi minyak, sup daging, ayam goreng, asam tomato dan sebagainya.
Semasa berbuka kami dihadiahkan buah tangan setiap orang dan sedikit sumbangan daripada khariah surau. Setelah berbuka puasa kami menunaikan solat Maghrib berjemaah. Sedikit lagi penyampaian sumbangan dilakukan oleh wakil khariah surau bagi pihak Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin.
Setelah itu kami beramai-ramai menunaikan solat Isyak dan terawih berjemaah. Majlis berakhir dalam kira-kira pukul 10.00 malam dan kami semua dihantar pulang.
Tarikh = 26hb Ogos, 2009
Program = Jamuan berbuka puasa bersama warga Taiping Medical Centre dan Akhbar Sinar.
Penganjur = Taiping Medical Centre
Kami warga Ummu Sofiah telah menerima kunjungan warga Taiping Medical Centre bersama dengan wakil akhbar sinar untuk sama-sama memeriahkan lagi majlis berbuka puasa di Pusat Jagaan Anak-anak Yatim Ummu Sofiah. Pada hari tersebut kami mendapat ‘sponsor’ istimewa daripada KFC sebagai juadah istimewa kami selain makanan-makanan yang lain seperti kueh-mueh melayu, ikan kayu masak pedas, nasi, air cordial, sayur campur dan sebagainya.
Setelah berbuka kami beramai-ramai menunaikan solat Maghrib berjemaah dan menyambung kembali menikmati juadah berbuka puasa. Sambil berbuka beberapa anak yatim Ummu Sofiah telah ditemuramah oleh wakil akhbar sinar.
Majlis berakhir dengan acara menangkap gambar beramai-ramai bersama dengan warga Taiping Medical Centre.