Welcome To Ummu Sofiah Orphanage. We need your help to move forward... Please help Us. Every donation we receive makes a difference. "Therefore, treat not the orphan with harshness" (Qur’an 93:9) http://ummusofiah.blogspot.com

Sukaneka anak yatim bersama dengan pelajar Sek. Ren. Keb. Seri Taklim

Thursday, April 30, 2009



Tarikh = 25/4/2009

Program = Sukaneka anak yatim bersama dengan pelajar Sek. Ren. Keb. Seri Taklim

Penganjur = Pusat Jagaan Anak-anak Yatim Ummu Sofiah dan Sek. Ren. Keb. Seri Taklim.

Seramai 40 orang pelajar dari Sek. Ren. Keb. Seri Taklim bersama dengan 4 orang pengiring telah datang ke Pusat Jagaan Anak-anak Yatim Ummu Sofiah untuk menjalankan aktiviti sukaneka bersama dengan anak yatim di sini. Tujuannya adalah supaya anak-anak yatim di sini tidak merasa terasing atau jauh dengan masyarakat dan untuk memberi keseronokan kepada anak yatim bersama dengan pelajar dari Sek. Ren. Keb.Seri Taklim.

Ibu Faridah sendiri menjadi pengacara sepanjang sukaneka berlangsung. Pelbagai acara dipertandingkan dan antaranya ialah:-
• Lari dalam kain
• Berjalan dengan kasut tempurung
• Angkat anak raja
• Memancing ikan
• Memasukkan air dalam botol menggunakan span
• Tiup belon sampai pecah
• Lawan lari
• Rebut kerusi
• Lari ikat kaki
• dll

Selain acara di atas, aktiviti lain yang dijalankan ialah:-
a) Ucapan dari pihak pengiring Sek. Ren. Keb. Seri Taklim
b) Penceritaan tentang kisah anak yatim di sini kepada pelajar Sek. Ren. Keb. Seri Taklim
c) Cabutan bertuah
d) Pemberian sumbangan kepada anak-anak yatim
e) Penyampaian hadiah kepada pemenang.


Sukaneka berakhir pada pukul 3.00 petang selepas solat zohor berjemaah dan makan tengah hari bersama.

Segala perbelanjaan untuk sukaneka ini ditaja bersama oleh pihak Sek. Ren. Keb. Seri Taklim dan Pusat Jagaan Anak-anak yatim Ummu Sofiah.

Seterusnya......

Majlis Ramah Mesra DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Bersama Anak Yatim Negeri Perak

Wednesday, April 29, 2009




Tarikh = 5/4/2009
Program = Majlis Ramah Mesra DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Bersama Anak Yatim Negeri Perak
Penganjur= Badan Khidmat Islam Negeri Perak (BAKIP)

Majlis Ramah Mesra DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Bersama Anak Yatim Negeri Perak melibatkan 17 buah asrama anak yatim di Negeri Perak. Seramai lebih 600 orang anak-anak yatim di seluruh Negeri Perak menghadirkan diri bersama dengan pengiring untuk sama-sama memeriahkan lagi majlis ini. Seramai 20 orang bersama 3 pengiring dari Pusat Jagaan Anak Yatim Ummu Sofiah telah menghadirkan diri unutuk turut sama memeriahkan lagi majlis ini. Majlis ini turut dihadiri oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zamri Bin Abd. Kadir dan Dif-dif jemputan yang lain.

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang majlis berlangsung ialah:-

• Raptai untuk acara dan persembahan sebelum ketibaan baginda Sultan Perak.
• Nyanyian lagu Perak
• Bacaan Al-quran oleh salah seorang anak yatim
• Ucapan pengerusi BAKIP
• Persembahan nashid oleh anak yatim
• Penyampaian sumbangan oleh Sultan Perak kepada semua anak yatim yang hadir
• Jamuan makan tengah hari
• Sesi bergambar bersama Sultan Perak dan Dif-dif jemputan yang lain

Majlis berlangsung dengan jayanya dan tamat pada pukul 2.00 petang. Semua anak-anak yatim solat di masjid negeri sebelum berangkat pulang dengan kenderaan masing-masing.

Seterusnya......

Lawatan singkat Dato' Seri Wan Azizah

Friday, April 10, 2009

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Tarikh : 1 April 2009
Tempat : Pusat Jagaan Anak -anak Yatim Ummu Sofiah
Anjuran : Rombongan Dato' Seri Wan Azizah

Seramai lebih Kurang 30 orang rombongan daripada Dato' Seri Wan Azizah singgah di pusat jagaan kami untuk menghulurkan sedikit sumbangan kepada anak-anak kami di sini. Antara acara yang dilakukan dalam lawatan yang singkat ini adalah:-
> berbual mesra dengan penjaga anak-anak yatim di sini untuk mengetahui tentang pusat jagaan dan keadaan anak-anak yatim di sini.
> makan durian beramai-ramai di pondok.
> penyampaian sumbangan

Seterusnya......

Projek Jiwa Murni

Thursday, April 9, 2009





Tarikh : 28 March 2009

Anjuran : PV 4 KD TERENGGANU (TLDM LUMUT)

Seramai 30 orang tentera laut daripada PV 4 KD Terengganu (TLDM Lumut) telah menyertai Projek Jiwa Murni di Pusat Jagaan kami dari pukul 8.00 am - 2.00 pm. Kebanyakan mereka membawa isteri dan anak masing-masing untuk sama-sama turun padang membantu dan memeriahkan lagi projek ini. antara aktiviti yang dijalankan sepanjang hari projek berlangsung adalah seperti berikut:-
  • Sesi bergambar
  • Berkebun
  • Memasak
  • Mengecat
  • Membersihkan kawasan
  • Memotong rumput
  • Berceramah tentang pentingnya kesihatan kepada semua yang terlibat dan anak-anak yatim
  • Para ibu menjahit sarung tilam dan bantal bersama anak-anak yatim
  • Perasmian projek dengan menanam anak pokok oleh ketua KD Terengganu yang menyertai projek tersebut
  • Penyampaian sumbangan(wang dan juga material)

Projek berjalan dengan jayanya dimeriahkan lagi dengan alunan muzik yang berkumandang.

"BANTUAN DIHULUR BEBAN DIRINGANKAN"




Seterusnya......