Welcome To Ummu Sofiah Orphanage. We need your help to move forward... Please help Us. Every donation we receive makes a difference. "Therefore, treat not the orphan with harshness" (Qur’an 93:9) http://ummusofiah.blogspot.com

Berpindah

Monday, February 8, 2010

Assalamualaikum Wbt.
Untuk makluman semua blog ini telah berpindah ke alamat baru
http://ummusofiah.blogspot.com/

Terima kasih atas sokongan anda semua dan selamat datang ke blog baru kami.

Wasalam

Seterusnya......

Program Kebajikan 'Loving is Caring'

Tuesday, February 2, 2010

Tarikh = 23/1/2010

Program = Program Kebajikan ‘Loving is Caring’

Penganjur = Exco Kesukarelaan, Kebajikan & Kerohanian Majlis Penghuni Desasiswa Lembaran USM


Seramai 38 orang pelajar dari Universiti Sains Malaysia telah datang ke Pusat Jagaan Anak-anak Yatim Ummu Sofiah untuk menjalankan program kebajikan ‘Loving is Caring’ anjuran daripada Exco Kesukarelaan, Kebajikan & Kerohanian Majlis Penghuni Desasiswa Lembaran USM bersama dengan anak yatim di sini. Tujuannya adalah untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara mahasiswa dengan anak-anak yatim dan supaya anak-anak yatim di sini tidak merasa terasing atau jauh dengan masyarakat serta untuk memberi keseronokan kepada anak yatim bersama pelajar USM.

Rombongan pelajar USM tiba di rumah anak-anak yatim kira-kira pada pukul 8.30 pagi. Takruf Permulaan di mulakan dengan sarapan dengan para penghuni rumah anak yatim. Majlis dipengerusikan oleh pihak USM di Dewan Ummu Sofiah. Pelbagai aktiviti dijalankan dan antaranya ialah:-

Ice Breaking
- Melibatkan semua anak-anak yatim dan pelajar USM
- Anak-anak yatim dan pelajar USM di asingkan mengikut kumpulan
- Setiap kumpulan yang ahlinya ialah 4-5 orang fasilitator dan 4-5 orang anak-anak yatim memperkenalkan diri dan latar belakang masing-masing di dalam kumpulan.

Mengecat surau Baitul Ummu Sofiah
- Hanya pelajar USM lelaki sahaja yang terlibat

Sukaneka
- Melibatkan semua penghuni rumah anak-anak yatim dan pelajar USM
- Permainan yang dijalankan ialah seperti Baling Belon Berisi Air, Bawa Gelang Getah dengan Straw, Tiup Gula-gula dalam Tepung dan Pancing Botol.
- Kerjasama antara anak-anak yatim dan pelajar USM dapat dilihat apabila mereka bertungkus lumus untuk menjadi pemenang dalam setiap acara yang dijalankan.

Mendengar Motivasi
- Melibatkan semua penghuni rumah anak-anak yatim dan pelajar USM
- Motivasi disampaikan oleh pelajar ijazah falsafah kedoktoran (PhD) dari Pusat Pengajian Keruteraan Awam.
- Motivasi yang disampaikan adalah berkisarkan tentang hala tuju pendidikan, perancangan pelajaran dan teknik pembelajaran yang berkesan.

Latihan dalam kumpulan
- Antara aktiviti yang dijalankan adalah Musang Berjangggut dan Misi Penyelamat.
- Dalam aktiviti Musang Berjanggut, semua ahli kumpulan diberikan semangkuk bijirin iaitu campuran daripada barli, sagu dan kacang dal. Ahli kumpulan dikehendaki mengasingkan bijirin tersebut secepat mungkin. Aktiviti ini dapat menyemai rasa kesabaran dikalangan peserta dalam kumpulan.
- Dalam aktiviti misi penyelamat, peserta diberikan 1 tugasan dan mereka perlu selesaikan mslah tersebut dalam masa yang ditetapkan dan selepas itu setiap kumpulan akan menghantar wakil untuk membentangkan idea mereka. Pembentangan dilakukan oleh wakil dari Pusat Jagaan anak-anak yatim sendiri bagi memupuk keyakinan dalam diri anak-anak yatim disini.


Selain acara di atas, aktiviti lain yang dijalankan ialah:-
a) Ucapan dari penasihat kepada Exco Kesukarelaan, Kebajikan & Kerohanian, MPD Lembaran USM
b) Penceritaan tentang kisah anak yatim di sini kepada pelajar USM yang hadir
c) Penyampaian hadiah kepada pemenang.
d) Bersalaman dan pemberian sumbangan kepada anak-anak yatim


Aktiviti yang dijalankan berakhir pada pukul 4.00 petang selepas jamuan makan petang bersama.

Segala perbelanjaan untuk aktiviti ini ditaja penuh oleh USM sendiri.



Sesi perkenalan dalam kumpulan



Acara bawa gelang getah dengan straw



Aktiviti Musang Berjanggut


Seterusnya......

LAWATAN KE MELAKA

Friday, January 1, 2010

TARIKH : 21/12/2009
PROGRAM : LAWATAN KE MELAKA
PENGANJUR : PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK YATIM UMMU SOFIAH



Seterusnya......