Welcome To Ummu Sofiah Orphanage. We need your help to move forward... Please help Us. Every donation we receive makes a difference. "Therefore, treat not the orphan with harshness" (Qur’an 93:9) http://ummusofiah.blogspot.com

Sumbangan peribadi duit raya daripada Menteri Besar Perak

Thursday, September 17, 2009



Hari ini, Khamis 17 September 2009, pihak asrama telah menerima sumbangan duit raya daripada Menteri Besar Perak. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Setiausaha Sulit beliau yang turut disaksikan oleh Ustaz Haris Fadillah daripada Jabatan Agama Islam Perak. MB Perak tidak dapat menyampaikan sumbangan tersebut kerana masih lagi mengerjakan umrah di Mekah. Sumbangan ini juga turut diterima oleh kira-kira 30 buah pertubuhan/asrama anak yatim sekitar negeri Perak. Majlis penyampaian sumbangan tersebut telah diadakan di Pejabat Menteri Besar, Aras 2 Bangunan S.U.K. Negeri Perak.

Pihak asrama mengucapkan jutaan terima kasih diatas sumbangan tersebut.

Seterusnya......

Majlis Berbuka Puasa Mahasiswa dan penyampaian wang zakat UniKL MIMET

Tuesday, September 15, 2009

Tarikh = 15/9/2009

Program = Majlis Berbuka Puasa Mahasiswa dan penyampaian wang zakat UniKL MIMET

Penganjur = UniKL MIMET

Seterusnya......

Berbuka puasa di Pusat Latihan Penjara, Taiping

Monday, September 14, 2009

Tarikh = 12 September 2008

Program = Berbuka Puasa Bersama Warga Pusat Latihan Penjara Taiping

Penganjur = Warga Pusat Latihan Penjara Taiping




Jemputan pihak penjara Taiping untuk berbuka puasa bersama-sama pelajar-pelajar kami amat menyeronokkan kerana mereka juga membawa kami melawat sekitar Taiping sebelum tiba waktu berbuka.

Pelajar-pelajar kami diiringi oleh 4 orang pengiring dijemput oleh pihak penjara dengan menaiki bas penjara pada pukul 3.00 petang untuk dibawa melawat sekitar Taiping. Kami mula dibawa berjalan melawat Muzium Taiping selama setengah jam dan bergambar di sana beramai-ramai.Setelah itu kami dibawa pula melawat Bukit Larut dan sekitar Taman Tasik Taiping. Kami berhenti di Masjid Taiping untuk sama-sama melaksanakan ibadah Asar. Kami menyambung lawatan dan singgah di Taiping Sentral atau Tesco untuk membeli belah dan melihat barangan. Pelajar-pelajar kami diberi sedikit wang perbelanjaan oleh pihak penjara supaya semua pelajar kami dapat berbelanja seperti orang lain.

Lawatan kami selesai kira-kira jam 6.00 petang dan kami semua dibawa ke destinasi terakhir iaitu Pusat Latihan Penjara Taiping untuk menyertai Majlis Berbuka Puasa bersama warga penjara dan pelatih-pelatih. Sebelum tiba waktu berbuka kami semua ditempatkan di sebuah bilik khas untuk kami melepaskan penat setelah penat berjalan melawat sekitar Taiping dan membeli belah.

Dalam kira-kira pukul 7.10 malam, kami dijemput ke tempat majlis berbuka puasa berlangsung dan berkenal-kenalan sambil menunggu waktu berbuka. Pelbagai juadah disediakan dan kami berbuka bersama-sama. Kami menunaikan solat Maghrib berjemaah dan menyambung menikmati hidangan berlauk. Sambil menikmati juadah berbuka kami semua dihiburkan oleh kumpulan nyanyian nasyid daripada pihak penjara yang dimaklumkan telah memenangi tempat kedua dalam pertandingan nasyid seluruh penjara di Malaysia.

Setelah itu sedikit ucapan alu-aluan disampaikan oleh pengerusi pihak Pusat Latihan Penjara Taiping dan tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih oleh En. Karim iaitu Pengetua Pusat Jagaan Ansk-anak Yatim Ummu Sofiah kerana kesudian meraikan pelajar-pelajar kami untuk berbuka puasa bersama-sama.

Penyampaian sumbangan dilakukan oleh pengerusi penjara kepada semua anak-anak yatim yang hadir dan majlis berakhir dalam pukul 9.00 malam. Kami semua dihantar pulang dan tiba di Pusat Jagaan dalam pukul 10.00 malam.

Seterusnya......

Berbuka puasa bersama warga LSG Sky Chefs Brahim Sdn. Bhd.

Sunday, September 13, 2009

Tarikh = 11/9/2009

Program = Berbuka puasa bersama warga LSG Sky Chefs Brahim Sdn. Bhd.

Penganjur = LSG Sky Chefs Brahim Sdn. Bhd.

Seterusnya......

Berbuka Puasa Bersama Warga Telekom Malaysia

Thursday, September 10, 2009

Tarikh = 8 September 2008

Program = Berbuka Puasa Bersama Warga Telekom Malaysia

Penganjur = Warga Telekom Malaysia



Seramai 30 orang warga Telekom Malaysia bersama anak dan isteri/suami telah menyertai program berbuka puasa bersama pelajar Ummu Sofiah di sini. Ada yang datang dengan menaiki kenderaan sendiri dan ada juga yang menaiki kenderaan syarikat. Mereka tiba dalam kira-kira pukul 6.00 petang. Kami menyambut mereka dengan meriah sambil berkenalan.

Program dimulakan dengan sedikit tazkirah atau ucapan kepada semua yang hadir dan juga pelajar-pelajar di sini oleh seorang ustaz dari warga Telekom Malaysia. Acara diteruskan lagi dengan bacaan tahlil sambil menunggu untuk berbuka puasa. Kami berbuka puasa dengan kurma dan kueh-mueh melayu. Setelah itu kami beramai-ramai menunaikan solat Maghrib berjemaah.

Kami menyambung menikmati juadah berbuka puasa dengan nasi berlauk yang disediakan khas oleh tukang masak bersama ibu Faridah iaitu pengetua Ummu Sofiah dan anak-anak yatim yang lain.

Program diteruskan dengan ucapan oleh tuan pengerusi majlis dan pengarah program berbuka puasa yang sedang dijalankan. Ibu Faridah juga dijemput untuk menyampaikan sedikit ucapan mengenai Pusat Jagaan Anak-anak Yatim ummu Sofiah untuk pengetahuan semua yang hadir.

Seperti biasa penyampaian sumbangan daripada warga Telekom Malaysia kepada pelajar-pelajar Ummu Sofiah dilakukan dan juga kepada Ibu Faridah dan En. Karim untuk tujuan pentadbiran dan pengurusan anak-anak yatim Ummu Sofiah.

Setelah itu kami beramai-ramai menunaikan solat Isyak dan bertarawihbersamna-sama sebelum program berakhir. Program berakhir pada pukul 10.30 malam dan warga Telekom Malaysia berangkat pulang.



Seterusnya......

Berbuka puasa di Taiping Golf Resort, Bukit Jana



Tarikh = 5 September 2008

Program = Berbuka Puasa di Taiping Golf Resort, Bukit Jana

Penganjur = Taiping Golf Resort

Kami warga Ummu Sofiah telah dijemput oleh pihak Taiping Golf Resort untuk sama-sama menyertai majlis berbuka puasa di hotel mereka. Kami bertolak dengan menaiki 3 buah van pusat ke hotel mereka dan diberi kunci bilik untuk kami beristirehat sambil menunggu waktu berbuka puasa.

Kami dibawa ke dewan banquet 10 minit sebelum berbuka puasa yang mana semuanya telah siap sedia. Pelbagai juadah berbuka puasa disediakan. Setelah berbuka puasa kami menunaikan solat Maghrib dan terus menyambung makan hingga kenyang.
Ucapan alu-aluan dimulakan oleh pihak hotel dan acara penyampaian sumbangan dimulakan kepada setiap anak yatim yang hadir. Majlis berakhir dengan acara menangkap gambar beramai-ramai bersama dengan pihak Taiping Golf Resort.

Majlis berakhir dan kami dihantar ke bilik masing-masing untuk beristirehat dan tidur. Keesokannya kami sekali lagi dijamu dengan majlis bersahur beramai-ramai di dewan yang disediakan dan solat sbuh berjemaah.

Kira-kira pukul 9 pagi kami bersiap-siap dan berkemas untuk pulang ke Pusat.

Seterusnya......

Jamuan berbuka puasa bersama khariah surau Batu 9, Trong.

Wednesday, September 2, 2009




Tarikh = 28hb Ogos, 2009

Program = Jamuan berbuka puasa bersama khariah surau Batu 9, Trong.

Penganjur = Khariah surau Batu 9, Trong.

Kami warga Ummu Sofiah telah dijemput oleh Khariah surau Batu 9, Trong untuk sama-sama menyertai majlis berbuka puasa di tempat mereka. Kami telah dijemput oleh bas yang dibayar oleh mereka khas untuk menjemput kami terus ke Batu 9. Kami disambut dengan senyuman yang lebar oleh mereka. Kami sampai ke destinasi pada jam 7.10 pm.

Pelbagai juadah berbuka puasa disediakan. Antaranya adalah kueh mueh melayu, nasi minyak, sup daging, ayam goreng, asam tomato dan sebagainya.

Semasa berbuka kami dihadiahkan buah tangan setiap orang dan sedikit sumbangan daripada khariah surau. Setelah berbuka puasa kami menunaikan solat Maghrib berjemaah. Sedikit lagi penyampaian sumbangan dilakukan oleh wakil khariah surau bagi pihak Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin.

Setelah itu kami beramai-ramai menunaikan solat Isyak dan terawih berjemaah. Majlis berakhir dalam kira-kira pukul 10.00 malam dan kami semua dihantar pulang.

Seterusnya......

Berbuka Puasa Bersama Warga Taiping Medical Centre Dan Akhbar Sinar







Tarikh = 26hb Ogos, 2009

Program = Jamuan berbuka puasa bersama warga Taiping Medical Centre dan Akhbar Sinar.

Penganjur = Taiping Medical Centre


Kami warga Ummu Sofiah telah menerima kunjungan warga Taiping Medical Centre bersama dengan wakil akhbar sinar untuk sama-sama memeriahkan lagi majlis berbuka puasa di Pusat Jagaan Anak-anak Yatim Ummu Sofiah. Pada hari tersebut kami mendapat ‘sponsor’ istimewa daripada KFC sebagai juadah istimewa kami selain makanan-makanan yang lain seperti kueh-mueh melayu, ikan kayu masak pedas, nasi, air cordial, sayur campur dan sebagainya.

Setelah berbuka kami beramai-ramai menunaikan solat Maghrib berjemaah dan menyambung kembali menikmati juadah berbuka puasa. Sambil berbuka beberapa anak yatim Ummu Sofiah telah ditemuramah oleh wakil akhbar sinar.

Majlis berakhir dengan acara menangkap gambar beramai-ramai bersama dengan warga Taiping Medical Centre.



Seterusnya......