Welcome To Ummu Sofiah Orphanage. We need your help to move forward... Please help Us. Every donation we receive makes a difference. "Therefore, treat not the orphan with harshness" (Qur’an 93:9) http://ummusofiah.blogspot.com

MENJEMPUT PELAJAR BARU 2010(ANAK YATIM) UNTUK TINGGAL DI PUSAT JAGAAN UMMU SOFIAH

Tuesday, November 10, 2009

Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Pusat Jagaan Anak-anak Yatim Ummu Sofiah ingin menjemput anak-anak yatim dari daerah-daerah yang berdekatan untuk tinggal di sini yang beralamat No.1, Kampung Jarum Mas, Sungai Nyior, 34800 Trong, Perak.

2. Untuk pengetahuan, pusat kami adalah berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat 1499-08-PRK). Di sini kami sedia menampung semua perbelanjaan pendidikan, makan-minum, pakaian dan sara hidup sepanjang tinggal di sini.

3. Tujuan utama pusat jagaan ini ditubuhkan adalah untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dan lebih berorientasikan kebajikan. Sehubungan dengan itu jika terdapat anak-anak atau pelajar-pelajar yang dibawah jagaan atau pengawasan tuan/puan yang difikirkan tergolong dalam kumpulan ini, maka kami sedia membantu untuk menjaga dan memberi pendidikan kepada mereka.

4. Julat umur yang kami terima di pusat jagaan ini adalah dari 8 tahun hingga 17 tahun. Bersama-sama ini disertakan borang pelajar bagi tujuan diatas. Pelajar juga diminta untuk kepilkan sekali:-

  1. salinan surat lahir/kad pengenalan
  2. sijil kematian ibu atau ayah
Sebarang urusan pertukaran sekolah (jika perlu) adalah diuruskan oleh pihak pentadbir dan pertanyaan lanjut boleh berhubung terus dengan pihak kami.

Sekian terima kasih.

No.1,Kampung Jarum Mas,
Sungai Nyior,
34800 Trong,
Perak Darul Ridzuan.
019-5687994 (Pentadbir)
019-4706858(Tutor)

Seterusnya......

PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI

Monday, November 9, 2009




Tarikh = 2/11/2009


Program = Program Khidmat Komuniti

Penganjur = Jabatan Penjara Malaysia Peringkat Pejabat Parol Negeri Perak.

Kehadiran 52 anggota penjara dari 5 daerah bersama 9 orang yang diparol (ODP) memeriahkan program komuniti ini bersama pelajar2 di sini. Semuanya bersama2 bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar. Antara khidmat yang disumbangkan seperti:-
  • memotong rumput padang
  • membuat padang bola jaring
  • membaiki basikal
  • menyusun almari dan katil
  • menyusun meja dan kerusi
  • memasak makanan untuk minum petang
  • mencantas pokok bunga.
  • membakar sampah.
  • memasang langsir
  • mencuci surau.
  • dll.
Segala peralatan untuk khidmat komuniti disediakan dan disumbangkan oleh pihak parol sendiri.Program diakhiri dengan menanam anak pokok rambutan oleh pengarah parol sebagai tanda ingatan kehadiran ke pusat jagaan.





Seterusnya......

Majlis Mesra Aidilfitri Pangkalan TLDM LUMUT

Monday, October 19, 2009

Tarikh = 6/10/2009

Program = Majlis Mesra Aidilfitri Pangkalan TLDM LUMUT

Penganjur = PV Pelanduk (TLDM Lumut)




Pelajar kami telah dijemput oleh bas mereka di asrama kami dan dibawa ke tempat majlis berlangsung. Setibanya kami di destinasi kami telah dipersilakan duduk sambil menunggu tetamu Vip iaitu Menteri Besar Perak yang dijemput khas oleh pihak penganjur untuk sama2 memeriahkan majlis Aidilfitri tersebut.

Setelah tetamu tiba ucapan alu-aluan oleh penganjur dimulakan dan kami semua dijemput menjamu selera. Sambil menikmati pelbagai juadah yang dihidangkan semua tetamu dihiburkan dengan beberapa persembahan dari kumpulan Gelombang Biru yg dijemput untuk menghiburkan dan memeriahkan suasana.

Diluar dewan juga turut disediakan pelbagai juadah seperti laksa, sate, cendol dan sebagainya dan kami boleh memilih untuk makan apa sahaja yang disediakan.
Kami semua makan dengan gembira sekali sambil menonton persembahan yang berlangsung di pentas. Di samping itu sambil menjamu selera pelajar2 kami diberikan sedikit sumbangan duit raya dari meja ke meja sambil beramah mesra dengan pemberi sumbangan.

Majlis berakhir dalam kira2 pukul 10.00 malam dan kami semua dihantar pulang ke pusatdengan selamat.

Seterusnya......

Sumbangan peribadi duit raya daripada Menteri Besar Perak

Thursday, September 17, 2009



Hari ini, Khamis 17 September 2009, pihak asrama telah menerima sumbangan duit raya daripada Menteri Besar Perak. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Setiausaha Sulit beliau yang turut disaksikan oleh Ustaz Haris Fadillah daripada Jabatan Agama Islam Perak. MB Perak tidak dapat menyampaikan sumbangan tersebut kerana masih lagi mengerjakan umrah di Mekah. Sumbangan ini juga turut diterima oleh kira-kira 30 buah pertubuhan/asrama anak yatim sekitar negeri Perak. Majlis penyampaian sumbangan tersebut telah diadakan di Pejabat Menteri Besar, Aras 2 Bangunan S.U.K. Negeri Perak.

Pihak asrama mengucapkan jutaan terima kasih diatas sumbangan tersebut.

Seterusnya......

Majlis Berbuka Puasa Mahasiswa dan penyampaian wang zakat UniKL MIMET

Tuesday, September 15, 2009

Tarikh = 15/9/2009

Program = Majlis Berbuka Puasa Mahasiswa dan penyampaian wang zakat UniKL MIMET

Penganjur = UniKL MIMET

Seterusnya......

Berbuka puasa di Pusat Latihan Penjara, Taiping

Monday, September 14, 2009

Tarikh = 12 September 2008

Program = Berbuka Puasa Bersama Warga Pusat Latihan Penjara Taiping

Penganjur = Warga Pusat Latihan Penjara Taiping




Jemputan pihak penjara Taiping untuk berbuka puasa bersama-sama pelajar-pelajar kami amat menyeronokkan kerana mereka juga membawa kami melawat sekitar Taiping sebelum tiba waktu berbuka.

Pelajar-pelajar kami diiringi oleh 4 orang pengiring dijemput oleh pihak penjara dengan menaiki bas penjara pada pukul 3.00 petang untuk dibawa melawat sekitar Taiping. Kami mula dibawa berjalan melawat Muzium Taiping selama setengah jam dan bergambar di sana beramai-ramai.Setelah itu kami dibawa pula melawat Bukit Larut dan sekitar Taman Tasik Taiping. Kami berhenti di Masjid Taiping untuk sama-sama melaksanakan ibadah Asar. Kami menyambung lawatan dan singgah di Taiping Sentral atau Tesco untuk membeli belah dan melihat barangan. Pelajar-pelajar kami diberi sedikit wang perbelanjaan oleh pihak penjara supaya semua pelajar kami dapat berbelanja seperti orang lain.

Lawatan kami selesai kira-kira jam 6.00 petang dan kami semua dibawa ke destinasi terakhir iaitu Pusat Latihan Penjara Taiping untuk menyertai Majlis Berbuka Puasa bersama warga penjara dan pelatih-pelatih. Sebelum tiba waktu berbuka kami semua ditempatkan di sebuah bilik khas untuk kami melepaskan penat setelah penat berjalan melawat sekitar Taiping dan membeli belah.

Dalam kira-kira pukul 7.10 malam, kami dijemput ke tempat majlis berbuka puasa berlangsung dan berkenal-kenalan sambil menunggu waktu berbuka. Pelbagai juadah disediakan dan kami berbuka bersama-sama. Kami menunaikan solat Maghrib berjemaah dan menyambung menikmati hidangan berlauk. Sambil menikmati juadah berbuka kami semua dihiburkan oleh kumpulan nyanyian nasyid daripada pihak penjara yang dimaklumkan telah memenangi tempat kedua dalam pertandingan nasyid seluruh penjara di Malaysia.

Setelah itu sedikit ucapan alu-aluan disampaikan oleh pengerusi pihak Pusat Latihan Penjara Taiping dan tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih oleh En. Karim iaitu Pengetua Pusat Jagaan Ansk-anak Yatim Ummu Sofiah kerana kesudian meraikan pelajar-pelajar kami untuk berbuka puasa bersama-sama.

Penyampaian sumbangan dilakukan oleh pengerusi penjara kepada semua anak-anak yatim yang hadir dan majlis berakhir dalam pukul 9.00 malam. Kami semua dihantar pulang dan tiba di Pusat Jagaan dalam pukul 10.00 malam.

Seterusnya......

Berbuka puasa bersama warga LSG Sky Chefs Brahim Sdn. Bhd.

Sunday, September 13, 2009

Tarikh = 11/9/2009

Program = Berbuka puasa bersama warga LSG Sky Chefs Brahim Sdn. Bhd.

Penganjur = LSG Sky Chefs Brahim Sdn. Bhd.

Seterusnya......