Wednesday, May 20, 2009
Tarikh = 16/5/2009
Program = Majlis Sumbangan
Penganjur = Jabatan Bomba Negeri Perak
Majlis ini adalah untuk beramah mesra dengan anak-anak yatim di sini sekaligus merapatkan lagi ukhuwah di kalangan anak-anak yatim dengan warga anggota bomba dan isteri anggota bomba dari pelbagai zon di dalam Negeri Perak. Antara yang hadir ialah kakitangan dari zon Manjung, Ipoh,Tapah, Bagan Serai, Taiping dan lain-lain. Majlis ini dibuat sempena hari bomba.
Turut menghadirkan diri iaitu Puan Wan Shanisah Aini, wakil dari Jabatan Bomba Negeri Perak dalam memeriahkan dan menyempurnakan lagi majlis ini.
Antara pengisian sepanjang majlis ini berlangsung adalah:-
a) Nyanyian Nasyid
b) Deklamasi sajak
c) Penyampaian sumbangan dalam bentuk material dan wang dari pelbagai zon dalam Negeri Perak.
d) Belajar membuat gelang kurang dari 10 minit.
e) Makan tengah hari bersama
Program ini berlangsung setengah hari dan berakhir pada pukul 3.00 petang. Kesemua perbelanjaan yang terlibat sepanjang majlis adalah ditanggung oleh masing-masing dengan sukarela seperti kos pengangkutan, makan tengah hari dan sebagainya. Kebanyakan makanan tengah hari dalam majlis ini adalah disumbangkan oleh Jabatan Bomba sendiri dan buatan ikhlas seperti kueh dan kek dari isteri kakitangan bomba dan anggota bomba itu sendiri.
Majlis berakhir dengan sempurna.
0 comments:
Post a Comment