Monday, February 8, 2010
Assalamualaikum Wbt.
Untuk makluman semua blog ini telah berpindah ke alamat baru
http://ummusofiah.blogspot.com/
Terima kasih atas sokongan anda semua dan selamat datang ke blog baru kami.
Wasalam
Assalamualaikum Wbt.
Untuk makluman semua blog ini telah berpindah ke alamat baru
http://ummusofiah.blogspot.com/
Terima kasih atas sokongan anda semua dan selamat datang ke blog baru kami.
Wasalam
Tarikh = 23/1/2010
Program = Program Kebajikan ‘Loving is Caring’
Penganjur = Exco Kesukarelaan, Kebajikan & Kerohanian Majlis Penghuni Desasiswa Lembaran USM
TARIKH : 21/12/2009
PROGRAM : LAWATAN KE MELAKA
PENGANJUR : PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK YATIM UMMU SOFIAH
Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Pusat Jagaan Anak-anak Yatim Ummu Sofiah ingin menjemput anak-anak yatim dari daerah-daerah yang berdekatan untuk tinggal di sini yang beralamat No.1, Kampung Jarum Mas, Sungai Nyior, 34800 Trong, Perak.
2. Untuk pengetahuan, pusat kami adalah berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat 1499-08-PRK). Di sini kami sedia menampung semua perbelanjaan pendidikan, makan-minum, pakaian dan sara hidup sepanjang tinggal di sini.
3. Tujuan utama pusat jagaan ini ditubuhkan adalah untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dan lebih berorientasikan kebajikan. Sehubungan dengan itu jika terdapat anak-anak atau pelajar-pelajar yang dibawah jagaan atau pengawasan tuan/puan yang difikirkan tergolong dalam kumpulan ini, maka kami sedia membantu untuk menjaga dan memberi pendidikan kepada mereka.
4. Julat umur yang kami terima di pusat jagaan ini adalah dari 8 tahun hingga 17 tahun. Bersama-sama ini disertakan borang pelajar bagi tujuan diatas. Pelajar juga diminta untuk kepilkan sekali:-
Hari ini, Khamis 17 September 2009, pihak asrama telah menerima sumbangan duit raya daripada Menteri Besar Perak. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Setiausaha Sulit beliau yang turut disaksikan oleh Ustaz Haris Fadillah daripada Jabatan Agama Islam Perak. MB Perak tidak dapat menyampaikan sumbangan tersebut kerana masih lagi mengerjakan umrah di Mekah. Sumbangan ini juga turut diterima oleh kira-kira 30 buah pertubuhan/asrama anak yatim sekitar negeri Perak. Majlis penyampaian sumbangan tersebut telah diadakan di Pejabat Menteri Besar, Aras 2 Bangunan S.U.K. Negeri Perak.
Pihak asrama mengucapkan jutaan terima kasih diatas sumbangan tersebut.